SALAM SEJAHTERA CATATAN INI DIPETIK DARI LAMAN WEB BERKAITAN DENGAN INDUSTRI HOMESTAY KG PULAI..
MOHON IZIN DI PAPARKAN DISINI BUAT PENGETAHUAN UMUM.. SILA KE LINK DI BAWAH UTK LANJUTAN BERITA...T.KASIH..
Setiap
tempat mempunyai asal-usul atau sejarahnya,
begitulah juga Kampung Pulai. Desa ini
dibuka kira-kira (150 tahun dahulu (1844)
oleh Daeng Taib, seorang berketurunan
Bugis. Beliau dan kerabatnya telah mendiami
kawasan Pantai Gupung (Pulai Timur).
Pada
ketika itu kebanyakan penghuni di desa
kecil di pinggir Selat Melaka ini adalah
terdiri daripada keturunan Bugis dan Jawa.
Setelah Daeng Taib meninggal dunia, anak
lelakinya Tok Dewa meluaskan lagi kawasan
kediaman mereka.
Penduduk
desa ini terus berkembang dan berubah
dari setahun ke setahun. Pada masa yang
sama, penempatan orang-orang Bugis telah
wujud terutamanya di Serkam dan Teluk
Emas. Jika Parameswara menamakan Melaka berdasarkan pokok, begitulah wujudnya nama Pulai sejenis pokok kayu yang banyak terdapat di desa ini. Pokok Pulai ialah sejenis pokok kayu yang keras dan ini menjadi simbol kekukuhan dan keutuhan penghuninya.
MATLAMAT KAMPUNG PULAI
Matlamat Kampung Pulai adalah untuk menjadikan kampung ini sebagai sebuah desa yang unggul, masyarakat madani yang patuh kepada perintah Allah dan berusaha mendapatkan kesejahteraan dunia dan akhirat melalui perkhidmatan yang cemerlang, peningkatan ilmu dan amalan, mempertingkatkan iman dan taqwa, mewujudkan perasaan kasih saying dan kecintaan kepada bangsa dan negara serta melahirkan lebih ramai golongan yang berilmu dan berakhlak mulia.
OBJEKTIF KAMPUNG PULAI
Berbakti, berkhidmat dengan jujur dan dedikasi, amanah dalam melaksanakan tugas dan kewajipan, kekuatan perpaduan di kalangan pemimpin dan masyarakat, taqwa dan taat kepada perintah Allah serta patuh kepada peraturan negara dan ikhlas dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
DAYA TARIKAN
Produk
|
Pengeluar
|
'Kompang' (traditional music instrument) and 'Parang' (traditional slashing utensil). | Tuan Haji Kasim b Haji Limat |
Iron tools and utensils | Tuan Haji Hussain b Said |
Pickles Industry | En Omar b Ali / Pn Hazah bt Hussin |
"Dodol" (traditional Malay food) Industry | Pn Ramlah bt Mohammad |
Traditional Food | Pn Khalijah |